Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

MyKad | K’jaan capai keputusan hapus denda

KUCHING: Kerajaan telah pun mencapai keputusan berhubung langkah menghapuskan denda terhadap pendaftaran lewat bagi MyKad, demikian menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam.  
Bagaimanapun katanya, keterangan selanjutnya berhubung perkara itu hanya akan diumunkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam masa terdekat.
“Kerajaan telah membuat keputusan tentang penghapusan denda itu dan menteri akan mengumumkannya tidak lama lagi,” katanya
Beliau memberitahu tiada pindaan undang-undang yang terlibat dalam perkara ini kerana ia hanya membabitkan prosedur biasa.

Bekas pengarah bebas tuduhan pecah amanah

KUALA LUMPUR - Bekas pengarah urusan syarikat periklanan Ganad Media Sdn. Bhd. dan bekas pengarah akaun syarikat itu menarik nafas lega setelah mereka dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam daripada tuduhan pecah amanah 11 tahun lalu.

Hakim Rosenani Abdul Rahman memutuskan demikian setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pada akhir pembelaan terhadap Cho Sing Koo, 59, dan Tay Lee Fung, 44.

Tonton Video Lawak Giler!!!

Rehatkan minda dengan menyaksikan video di bawah.



sumber: Youtube

Fakta Menarik Mengenai Wanita

Fakta-Fakta Tentang wanita


1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

FAKTA MENARIK WORLD CUP 2010

  • Jepun mempunyai 4 penjaring terbanyak dalam pusingan kelayakan. Shunsuke Nakamura, Yuji Nakazawa, Yasuhito Endo & Marcus Tulio Tanaka. Masing masing menjaringkan 3 gol.
  •  Perancang utama, pakar sepakan percuma dan penjaring terbanyak Jepun,Shunsuke Nakamura adalah icon penting untuk Jepun.
  •  Roque Santa Cruz, Oscar Cardozo & Nelson Haedo Valdez adalah pemain utama Paraguay di bahagian serangan. Ketiga tiga pemain ini bermain semasa World Cup 2006 di German.
  •  Alberto Gilardino adalah penjaring terbanyak Italy sepanjang pusingan kelayakan. Kesemua jaringannya (4 gol) adalah pada 15 minit terakhir.

FAKTA MENARIK

  • Aristotle ialah ahli falsafah Yunani yang pernah menjdai guru kepada penakluk Agung, Iskandar Zulkarnaim.

  • Cahaya dapat mengelilingi bumi sebanyak tujuh kali dalam sesaat.
  • Sungai "Hwang Ho" dikenali sebagai "Nestapa China" kerana sungai itu sering membawa bencana banjir ke lembangannya
  • Permainan snooker berasal dari negara India.

  • Negara Perancis telah menghadiahkan patung kebebasan " Statue Of Liberty " kepada Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan dan kebebasan pada tahun 1884.

  • Floran adalah nama garam galian yang dapat menghalang kerosakan gigi.

  • William Harvey ialah seorang ahli Fizik yang menjumpai sistem pengedaran dadah di dalam badan manusia.

Kambing dua kaki

photo credit to sitik's blog
SHANDONG – Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.
Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.
“Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati,” jelas Jinxiu. Dia dan kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.
“Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja,” kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia. – Agensi 

Percaya atau tidak | Digantung 189 tahun

photo credit to Metro
LONDON: Seorang wanita yang menyelidiki salasilah keturunannya terkejut apabila mendapati dia mempunyai pertalian dengan seorang pembunuh yang masih tergantung.
Mary Halliwell begitu marah apabila mendapati rangka anggota keluarganya itu masih digantung dalam kabinet untuk pameran di Universiti Bristol sejak 189 tahun lalu.

Selepas berusaha, dia akhirnya memperoleh hak untuk menjadi pemilik sah rangka itu dan berikrar untuk mengebumikan rangka remaja yang dihukum gantung pada 1821 kerana membunuh kekasihnya, dengan sempurna.

Mary, 67, berkata: “Baru saya rasa tenang.”
Remaja itu, John Horwood adalah anak lelaki kepada abang keluarga moyang Mary.

Vokalis utama kumpulan Fotograf Shamrin meninggal dunia

photo kredit to kosmo
KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.

Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.

"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu.

sumber: kosmo

Wanita Menagis | Dr Fazilah Kamsah










sumber:youtube

Fakta | Pelik Tapi Benar

  1. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.  
  2. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia. 
  3.  Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. 
  4.  Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. 
  5.  Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  6. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya. 
  7.  Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. 
  8.  Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica. 
  9.  Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter. 
  10.  Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. 
  11.  Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. 
  12.  Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. 
  13.  Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius. 
  14.  Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  15. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. 
  16.  Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. 
  17.  Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.  
source credit to: sepantas kilat

Makhluk ganjil di tasik

RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Beberapa orang menemui satu benda ganjil yang besar dan bertompok-tompok terapung di sebuah tasik buatan di Oyster Point, bandar Newport News, Virginia, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pada mulanya, benda ganjil itu ditemui oleh seorang pekerja pejabat, Tracy Collier semasa membawa seekor anjing milik bosnya berjalan.
Dia dan beberapa pekerja pejabat lain kemudian menghubungi pakar-pakar di Institut Sains Marin Virginia dengan menghantar e-mel dan gambar makhluk itu.
Makhluk itu berdiameter kira-kira 1.21 meter dan bergerak ke dalam tasik sejauh 1.82 meter.
Ia kelihatan bergoyang semasa gelombang ombak membadai makhluk ganjil itu.
Pakar-pakar di institut tersebut menjelaskan bahawa makhluk ganjil itu merupakan koloni hidupan air Pectinatella magnifica.
Koloni hidupan air itu muncul sama ada terapung atau berpaut pada objek terapung. - Agensi

sumber kosmo

Bintang filem lucah akui pita video seks Woods palsu

NEW YORK - Bintang golf, Tiger Woods menarik nafas lega kerana nasibnya bakal berubah apabila seorang bintang porno, Devon James mengaku bahawa satu rakaman video seks yang menunjukkan dia bersamanya adalah palsu, lapor sebuah akhbar semalam.
Devon atau dikenali sebagai Melinda Janette sebelum ini mendakwa memiliki pita video seks berdurasi 62 minit yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan Woods.
Harga satu video rakaman seks itu yang boleh dibeli dengan menggunakan kredit kad atau PayPal turut diturunkan harga kepada AS$19.99 (RM61.72) dari AS$25.95 (RM80.13).
Pada bulan Jun lalu, bekas suami Devon memberitahu dalam sebuah laman web gosip bahawa satu perjanjian ditandatangani dengan sebuah syarikat penerbitan cakera video digital (DVD) bagi menjual rakaman tersebut.
Mereka menjangkakan jualan rakaman itu boleh mencecah sehingga AS$5 juta (RM15.44 juta)
Mereka turut mendakwa bahawa peguam Woods pernah menelefon dan mengugut untuk menyaman ekoran pendedahan rakaman berkenaan.
Namun, peguam bintang golf itu menafikan dakwaan mereka.
Sebelum ini, Woods tidak pernah menafikan mempunyai hubungan sulit dengan Devon yang merupakan seorang pelacur.
Devon mengaku bertemu dengan pemain golf itu ketika berumur 19 tahun. - Agensi

sumber kosmo

Mengaku ketagih mencuri

KUALA LUMPUR: “Saya ada wang, tapi saya tak boleh kawal diri,” kata seorang wanita ketika memberikan alasan itu dalam rayuan supaya hukuman terhadapnya diringankan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Lee Siew Lee, 32, yang mengaku mempunyai tabiat suka mencuri itu dihukum lima hari penjara dan denda RM2,000 atas tuduhan mencuri dua produk kesihatan bernilai RM178.80 di sebuah farmasi, minggu lalu.

MUTIARA KATA

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Rahsia Mata Wanita

SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.
MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah | Rahsia Melalui Tulisan

Pertama : Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Recent Comments

SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Just Talk

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP