Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

MyKad | K’jaan capai keputusan hapus denda

KUCHING: Kerajaan telah pun mencapai keputusan berhubung langkah menghapuskan denda terhadap pendaftaran lewat bagi MyKad, demikian menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam.  
Bagaimanapun katanya, keterangan selanjutnya berhubung perkara itu hanya akan diumunkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam masa terdekat.
“Kerajaan telah membuat keputusan tentang penghapusan denda itu dan menteri akan mengumumkannya tidak lama lagi,” katanya
Beliau memberitahu tiada pindaan undang-undang yang terlibat dalam perkara ini kerana ia hanya membabitkan prosedur biasa.

Lagi pun kerajaan amat memahami keadaan geografi yang menyukarkan rakyat di Sarawak sehingga menyebabkan mereka terlewat dalam pendaftaran untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas menghadiri dialog bersama 10 jabatan dan agensi di bawah KDN, semalam.
Antara 10 jabatan yang menyertai dialog itu ialah JPNS, Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Sarawak, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran dan Bahagian Kawalan Filem.
Mahmood pada sidang media itu turut menjelaskan tentang skim baru yang melibatkan Jabatan Imigresen.
Katanya, skim itu akan memberi faedah kenaikan pangkat kepada kakitangan berseragam jabatan itu.
“Sebelum ini kenaikan pangkat kakitangan berpakaian berseragam jabatan itu tersekat jadi menerusi skim baru ini kelak kakitangan berkenaan berpeluang untuk dinaikkan pangkat kepada jawatan tertinggi,” katanya.
Skim ini akan memberi peluang kepada kakitangan itu naik ke tangga KP42 hingga KP48, katanya.
Buat masa ini seramai 26 orang kakitangan itu akan menikmati skim ini dengan kenaikan pangkat kepada KP42, jelas beliau.
Katanya, kenaikan itu juga melibatkan kenaikan gaji kepada kakitangan terbabit.
Beliau menyangkakan seramai 10,900 kakitangan jabatan itu akan mendapat faedah dari skim baru itu kelak.

sumber: borneo post

0 comments:

Recent Comments

SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Just Talk

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP