Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
Memaparkan catatan dengan label Fakta pelik tapi benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fakta pelik tapi benar. Papar semua catatan

Kambing dua kaki

photo credit to sitik's blog
SHANDONG – Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.
Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.
“Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati,” jelas Jinxiu. Dia dan kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.
“Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja,” kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia. – Agensi 

Fakta | Pelik Tapi Benar

  1. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.  
  2. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 Jenis bahan kimia. 
  3.  Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. 
  4.  Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal. 
  5.  Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.
  6. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya. 
  7.  Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya. 
  8.  Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica. 
  9.  Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter. 
  10.  Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A. 
  11.  Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal. 
  12.  Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. 
  13.  Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius. 
  14.  Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
  15. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. 
  16.  Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. 
  17.  Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.  
source credit to: sepantas kilat

Recent Comments

SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Just Talk

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP