Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Bekas pengarah bebas tuduhan pecah amanah

KUALA LUMPUR - Bekas pengarah urusan syarikat periklanan Ganad Media Sdn. Bhd. dan bekas pengarah akaun syarikat itu menarik nafas lega setelah mereka dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam daripada tuduhan pecah amanah 11 tahun lalu.

Hakim Rosenani Abdul Rahman memutuskan demikian setelah pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pada akhir pembelaan terhadap Cho Sing Koo, 59, dan Tay Lee Fung, 44.



Rosenani berkata, terdapat banyak keraguan yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan yang tidak dapat dijelaskan oleh pihak pendakwaan.

"Tertuduh pertama (Sing Koo) memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab mengawal selia unit-unit di bawahnya namun segala keputusan syarikat dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ganad Group Company, Gan Kok Beng dan adalah sukar serta tidak munasabah Sing Koo membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan ketuanya," kata Rosenani.

Tambah beliau, mahkamah turut mendapati tiada keterangan saksi menunjukkan penglibatan tertuduh kedua dalam urusan membabitkan papan iklan seperti yang didakwa.

Selain itu, kata beliau, pertuduhan terhadap Lee Fung yang didakwa bersubahat tidak dapat dibuktikan dengan keterangan saksi keempat, Clemence Kong yang merupakan pengganti bekas pengarah akaun tersebut kerana dia tidak menyatakan penglibatan wanita tersebut dalam urusan papan iklan berkenaan.

sumber: kosmo

0 comments:

Recent Comments

SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Just Talk

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP