Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Percaya atau tidak | Digantung 189 tahun

photo credit to Metro
LONDON: Seorang wanita yang menyelidiki salasilah keturunannya terkejut apabila mendapati dia mempunyai pertalian dengan seorang pembunuh yang masih tergantung.
Mary Halliwell begitu marah apabila mendapati rangka anggota keluarganya itu masih digantung dalam kabinet untuk pameran di Universiti Bristol sejak 189 tahun lalu.

Selepas berusaha, dia akhirnya memperoleh hak untuk menjadi pemilik sah rangka itu dan berikrar untuk mengebumikan rangka remaja yang dihukum gantung pada 1821 kerana membunuh kekasihnya, dengan sempurna.

Mary, 67, berkata: “Baru saya rasa tenang.”
Remaja itu, John Horwood adalah anak lelaki kepada abang keluarga moyang Mary.


Horwood dihukum gantung selepas melontar kekasihnya Eliza Balsom dengan batu apabila mendapat tahu kekasihnya itu mempunyai teman lelaki baru.

Eliza mati akibat kecederaan di kepala selepas dirawat pakar bedah.

Horwood yang bekerja sebagai pelombong digantung di New Bristol Gaol tiga hari selepas menyambut hari lahirnya yang ke 18.

Dr Richard Smith, pakar yang merawat Eliza enggan menyerahkan mayat Horwood kepada keluarganya.

Dia sebaliknya menyiat daging Horwood dari rangkanya secara terbuka sambil melakukan pembedahan pada mayatnya di depan 80 pelatih di bilik mayat Hospital Diraja Bristol.

Doktor itu seterusnya menyimpan rangka Horwood di rumahnya dan turut menggunakan kulit Horwood untuk menjilid buku mengenai kes remaja itu selepas mengawetnya.

Mary dari Leigh, Lancester yang mengesan mayat itu di Universiti Bristol berkata: “Saya kesal apabila mendapat tahu seorang manusia boleh melakukan perbuatan tidak bertamadun terhadap manusia lain.” - Agensi

sumber: Metro

0 comments:

Recent Comments

SEO Stats powered by MyPagerank.Net

Just Talk

  © Blogger templates 'Sunshine' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP