MyKad | K’jaan capai keputusan hapus denda
KUCHING: Kerajaan telah pun mencapai keputusan berhubung langkah menghapuskan denda terhadap pendaftaran lewat bagi MyKad, demikian menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam.
Bagaimanapun katanya, keterangan selanjutnya berhubung perkara itu hanya akan diumunkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam masa terdekat.
“Kerajaan telah membuat keputusan tentang penghapusan denda itu dan menteri akan mengumumkannya tidak lama lagi,” katanya
Beliau memberitahu tiada pindaan undang-undang yang terlibat dalam perkara ini kerana ia hanya membabitkan prosedur biasa.